Tuesday, August 24, 2010

Jeles itu normal ke?

huhu holaa..
mm jeles3 ar! nak tnyer,prasaan jeles ni memang normal ek bagi orang brcinta?
tak suka perasaan ni.. sangat menyakitkan! dulu tak rase cam ni pn.. pelik la..
maksudnyer aku ni da betul2 sayang n suke dia la kan..
selalunyer aku je yang cam terbuat dia jeles.. tapi kali ni dia pulak..
tp bukan dia yang sengaja buat..
cume tadi tgk kat fb dia.. pastu ade gurl komen wallpost aku..
aku tulis 'lagi 15 ari nis balik, miss u 2'.. pastu gurl tu komen kate 'confuse'
ape maksud dia?adakah dia suke dengan si dia..
pastu si dia ade tulis kt wallpost spupu dia..'jangan ko cube2 dekati nisa hehehe'
yang ni aku taula dia cme gurau2 dengan sepupu dia.. tapi!
gurl tadi tu komen kt wallpost spupu dia tu.. gurl tu tulis 'knape tak boleh?awek kew?'

ok2 ni cube nak think postif.. gurl tu maybe saje je tnyer.. tp kn nape aku cam tak boleh terime..
oh ye kadang2 aku rase ego aku sangat kuat! ye kuat! jangan harap nak tyer dia pasal hal ni..
sebab takut tak bley tahan jer..

kepada korg yg pkwe kne kacau tu! cmne la prasaannyer,aku tak boleh bayangkan..
aku baru rse sket tp rsenyer cam sakit jugak..
pengajaran kat diri.. jangan nak buat or bagi dia jeles dengan sengaja..
n jangan nak gatal2 sebut name n citer hal llaki yang tak de kaitan ngn dia..
skali dia citer psl gurl len,aku takut tak boleh terime..
dah kena cmni brula boleh rase ape yg dia rase selama ni..
kite tak boleh pk diri sndri jer.. kena pk gak hati n prasaan dia... jangan main sebut jer..
kena kat diri sndri baru tau.. lelaki! kalau sekali cakap,rasenyer menusuk betul sampai ke hati..

Thursday, August 19, 2010

Dah buat ke belum ye?


haa.. entry kali ni tercetus ketika aku sedang mandi tadi.. tengah mandi sambil syampoo rambut leh pulak terfikir macam2.. contohnya pasni buat ape.. lipat kain,makan.on9 dan lain2..
sedang asyik befikir tetibe aku menjadi lupe..
eh! tadi aku da cuci muke ke belum guna pencuci ni?
pk punyer pk last2 aku amek keputusan mencuci sekali lagi.. haha tapi dalam hati tetap berkeras mengatakan yang aku da cucila! ish3.. ni la padahnya suke brfikir or brangan sambil buat sesuatu perkara..
kalau selalu macam ni,alamatnya cepat habisla stok2 pencuci muke,shower gel n ubat gigi..
ini kerana,kadang2 aku pun leh musykil da sabun badan ke lum.. klu was2 biasenyer aku akan melakukan aktiviti tersebut sekali lagi.. baru puas hati.. hahaha cm haram jer.. adakah anda pernah mengalami peristiwa yang sama? jika ye,itu normal kot hehe..

Percaya atau tidak (part 2)

KESEBELAS. 

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS. 

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. 

KETIGABELAS.
 
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS. 
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS. 
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS. 
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS. 
Berpeganglah kepada tiga R: 
1. Rasa hormat pada diri sendiri; 
2. Rasa hormat kepada orang lain; 
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda 


KELAPANBELAS. 
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS. 
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUA PULUH. 
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUA PULUH SATU 
Ada ketikanya anda perlu bersendirian......

Wednesday, August 18, 2010

Hujan
















hujan!
hari2 kat bumi sintok ni ditimpa hujan.. musim agak nyer,, tp okla sebab turun time bln puasa..
so tak la rasa penat n haus sangat.. cuaca pun nyaman dan sejuk jer.. hujan rahmat la ni..
tp da hujan best pulak tido.. rase tak mau bangun pulak..!
romate aku seperti biasa hari2 buat alarm clock supaya bangun dpd tido pada waktu2 yang telah dia tetapkan..
tp akhirnya apabila muzik bingit itu muncul dia terus mematikannya dan terus mnyambung tido tanpa rasa bersalah.. adakah anda2 juga seperti dia? hahaha.. sebenarnya aku pn same gak..
ye la... da menikmati kesejukan maka tidur pn menjadi lebih nikmat..


tetapi kadang kala hujan selalu agak melecehkan..
tak boleh nak basuh baju.. nanti nak sidai camne.. sebab ampaian aku ada kat bawah tanpa sebarang perlindungan.. srius cakap.. kalau nak kuar dari bilik tak berani nak sidai baju kat luar..
bukan ape, hujan kat sini susah diduga.. tau2 je da ujan..
contoh lain ialah nak berjalan pergi ke kelas atau untuk ke cafe untuk membeli makanan..
rase cam mls nak guna payung..
tapi tak boleh! kalau demam kang sendiri jugak susah..
mmmm! kalau ade si dia.. boleh jugak main hujan.. bestnyer hujan bile ade dia..


haa sewaktu aku menulis post ini.. hujan telah turun dengan lebatnya.. darpd peristiwa inilah aku mendapt idea untuk menulis tajuk hujan.
mengantukla pulak.. padahal petang tadi da tido.. tp ujan ni memang buat rasa nak tidola huhu..

Percaya atau tidak

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! ! 



PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar. 

nantikan smbungan part 2..

Tuesday, August 17, 2010

Puasa dan kenangan



hari ini genapla seminggu umat islam brpuasa.. tp aku dapat puasa hari pertama jer..
dpt cuti la katekan .. ape2 pn same je dengan orang lain yang brpuasa.. tak da beza pun..
puasa pada tahun ni tak sama rasanya mcam sem lepas..tak tau la nape.. banyak faktor telah berubah kot..


bulan puase ni harapnya dapatla kurang sket berat badan.. dan kesihatan pn ditingkatkan..
ye la.. makan sikit jer.. bajet ari2 rm5 je.. tak sabar nak tunggu raye.. nak kutip duit raye..
tp still dapat ke? hahaha..


mmm tahun ni adalah tahun ke-2 brpuasa tanpa abah!
arwah abah dah meninggal dunia.. sperti tak percaya jer dah mninggalkan dunia yang sementara ni..
abah bertuah sbb pergi pd bulan ramadan dan hari jumaat hari yang mulia..
5 September 2008 bersamaan 5 Ramadhan 1429 hijrah..
pergi meninggalkan keluarga dengan tenang..


aku? tak tau la cm mane kedaaan dan tarikh kematian..


banyak kenangan tahun 2008..
lagi 25 hari je menjelang hari raya dan hari lahirku.. 
1 Syawal 1429 hijrah bersamaan 1 Oktober 2008..
tak dapat sambut dengan abah.. raya pada tahun tersebut macam tak da maknanya jer..
da ajal kite kena terimala kan.. yang pergi tetap pergi..
semoga Allah menempatkan arwah abah di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.. Amin..