Saturday, October 2, 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?






Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Friday, October 1, 2010

My Besday 21 Years Old



wah!!
dah umo 21 tahun pada 1 Oktober 2010..  dulu kecik jer,sekarang da besar sket.. wuu da brtmbah byk menjadi 20-an.. zaman2 belasan tahun dah berlalu..
serius rindu sangat kat zaman umo tak banyak.. tapi dengan adenyer peningkatan usia setiap tahun,maka semakin bertambahla tahap kematangan kita.. betul tak?
tak kan asyik nak buat benda yang sama je kan.. mesti kite kena rase pengalaman baru..
kita juga haruslah belajar menghargai masa.. ingat!! masa tu lampau tak kan kembali da..
jadi manfaatkanlah dengan sebaik-baiknyer..


mmm..
tahun ni tak de ape yang istimewa pun.. same jer cam tahun2 yg lepas.. tapi! ade perkembangan terbaru..
aku da couple! haha ok la tu kapel serius umo 21 kan.. tak de la orang nak kate kite ni lum habis skola lagi da gatal nak kapel.. bangga jugak ni da umo 21! sebab nampak je badan kecik tapi da pandai berdikari buat semua tau huhu..
haa.. pasni tengok wayang tak tau la kalau orang still nak tnyer umo ke tak,terutama bile tgk cite 18++..
penat woo nak jawab.. biasela awet muda kn hehe..
tak sukela muke nampak matang sebelum usia.. sekarang ni okla kan haha..


orang kate.. bile da umo 21,maksudnyer cam da dapat kunci kebebasan.. ye ke?rase cam same jer..

.

oh ye! lagi 1.. maybe betul kot.. cam kwn2 india,bile umo 21 jer dorang mesti ade cm parti besar-besaran.. dah cam cite hindustan lak tengok dorang ni.. mane tak nyer siap ade menari2 lagi tu..
aku pnyer besday?? biase2 je udahla.. orang da wish pun da happy sgt.. tu tandanyer kita diingati..
dan tak de hadiah pun tak per.. sebab ucapan tu dah macam hadiah jugak..


stat 1hb 10 ni bolehla bergayut free! maxis untung sebab leh call semua no.maxis,tapi sehari jer..
celcom lak 7 hari n leh call 8 org uox.. ni lagi best! tapi apela maknanyer kalau tak boleh call si dia..
ish! napela dia guna xpax hurmm.. kalau tak leh la call lame2.. silap2 suh dia main gitar ke kn hehe..


today is my day, today is my birthday..
happy,happy birthday to me!!
sweet 21! luv this age very much..



Friday, September 24, 2010

Sebulan tidak menulis



dah lame tak menulis blog.. kadang2 ade byk idea tp simpan2 dulu last lupe langsung..
pastu klu da balik umah jgn harapla aku rajin nk bukak lappy walaupn ade internet free..
tahla bosan hadap bnde ni je kan..
tp klu kt hostel! leh mati kutu kalau tak de lappy! sebab ni la benda yg jadi hiburan di kala bosan2..
kalau kat umah leh tgk tv kn.. so lappy mmg tak layan..


bile adik aku balik,dah sah2 dia yg pgang lappy ni.. bukan main lg on9 smpi 3,4 pagi!
aku pun jarang2 on9 time cmtu.. pastu bile kite nak on9,sibuk main game lak..
sudahnyer jadi malas terus nak update blog n fb..
pasni da kat hostel hari2 on9 la jawabnyer..

Tuesday, August 24, 2010

Jeles itu normal ke?

huhu holaa..
mm jeles3 ar! nak tnyer,prasaan jeles ni memang normal ek bagi orang brcinta?
tak suka perasaan ni.. sangat menyakitkan! dulu tak rase cam ni pn.. pelik la..
maksudnyer aku ni da betul2 sayang n suke dia la kan..
selalunyer aku je yang cam terbuat dia jeles.. tapi kali ni dia pulak..
tp bukan dia yang sengaja buat..
cume tadi tgk kat fb dia.. pastu ade gurl komen wallpost aku..
aku tulis 'lagi 15 ari nis balik, miss u 2'.. pastu gurl tu komen kate 'confuse'
ape maksud dia?adakah dia suke dengan si dia..
pastu si dia ade tulis kt wallpost spupu dia..'jangan ko cube2 dekati nisa hehehe'
yang ni aku taula dia cme gurau2 dengan sepupu dia.. tapi!
gurl tadi tu komen kt wallpost spupu dia tu.. gurl tu tulis 'knape tak boleh?awek kew?'

ok2 ni cube nak think postif.. gurl tu maybe saje je tnyer.. tp kn nape aku cam tak boleh terime..
oh ye kadang2 aku rase ego aku sangat kuat! ye kuat! jangan harap nak tyer dia pasal hal ni..
sebab takut tak bley tahan jer..

kepada korg yg pkwe kne kacau tu! cmne la prasaannyer,aku tak boleh bayangkan..
aku baru rse sket tp rsenyer cam sakit jugak..
pengajaran kat diri.. jangan nak buat or bagi dia jeles dengan sengaja..
n jangan nak gatal2 sebut name n citer hal llaki yang tak de kaitan ngn dia..
skali dia citer psl gurl len,aku takut tak boleh terime..
dah kena cmni brula boleh rase ape yg dia rase selama ni..
kite tak boleh pk diri sndri jer.. kena pk gak hati n prasaan dia... jangan main sebut jer..
kena kat diri sndri baru tau.. lelaki! kalau sekali cakap,rasenyer menusuk betul sampai ke hati..

Thursday, August 19, 2010

Dah buat ke belum ye?


haa.. entry kali ni tercetus ketika aku sedang mandi tadi.. tengah mandi sambil syampoo rambut leh pulak terfikir macam2.. contohnya pasni buat ape.. lipat kain,makan.on9 dan lain2..
sedang asyik befikir tetibe aku menjadi lupe..
eh! tadi aku da cuci muke ke belum guna pencuci ni?
pk punyer pk last2 aku amek keputusan mencuci sekali lagi.. haha tapi dalam hati tetap berkeras mengatakan yang aku da cucila! ish3.. ni la padahnya suke brfikir or brangan sambil buat sesuatu perkara..
kalau selalu macam ni,alamatnya cepat habisla stok2 pencuci muke,shower gel n ubat gigi..
ini kerana,kadang2 aku pun leh musykil da sabun badan ke lum.. klu was2 biasenyer aku akan melakukan aktiviti tersebut sekali lagi.. baru puas hati.. hahaha cm haram jer.. adakah anda pernah mengalami peristiwa yang sama? jika ye,itu normal kot hehe..

Percaya atau tidak (part 2)

KESEBELAS. 

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS. 

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. 

KETIGABELAS.
 
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS. 
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS. 
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS. 
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS. 
Berpeganglah kepada tiga R: 
1. Rasa hormat pada diri sendiri; 
2. Rasa hormat kepada orang lain; 
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda 


KELAPANBELAS. 
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS. 
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUA PULUH. 
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUA PULUH SATU 
Ada ketikanya anda perlu bersendirian......

Wednesday, August 18, 2010

Hujan
















hujan!
hari2 kat bumi sintok ni ditimpa hujan.. musim agak nyer,, tp okla sebab turun time bln puasa..
so tak la rasa penat n haus sangat.. cuaca pun nyaman dan sejuk jer.. hujan rahmat la ni..
tp da hujan best pulak tido.. rase tak mau bangun pulak..!
romate aku seperti biasa hari2 buat alarm clock supaya bangun dpd tido pada waktu2 yang telah dia tetapkan..
tp akhirnya apabila muzik bingit itu muncul dia terus mematikannya dan terus mnyambung tido tanpa rasa bersalah.. adakah anda2 juga seperti dia? hahaha.. sebenarnya aku pn same gak..
ye la... da menikmati kesejukan maka tidur pn menjadi lebih nikmat..


tetapi kadang kala hujan selalu agak melecehkan..
tak boleh nak basuh baju.. nanti nak sidai camne.. sebab ampaian aku ada kat bawah tanpa sebarang perlindungan.. srius cakap.. kalau nak kuar dari bilik tak berani nak sidai baju kat luar..
bukan ape, hujan kat sini susah diduga.. tau2 je da ujan..
contoh lain ialah nak berjalan pergi ke kelas atau untuk ke cafe untuk membeli makanan..
rase cam mls nak guna payung..
tapi tak boleh! kalau demam kang sendiri jugak susah..
mmmm! kalau ade si dia.. boleh jugak main hujan.. bestnyer hujan bile ade dia..


haa sewaktu aku menulis post ini.. hujan telah turun dengan lebatnya.. darpd peristiwa inilah aku mendapt idea untuk menulis tajuk hujan.
mengantukla pulak.. padahal petang tadi da tido.. tp ujan ni memang buat rasa nak tidola huhu..