Saturday, November 13, 2010

Friends..

 
I Wish for You....
Enough happiness to keep you sweet
Enough trials to keep you strong
Enough sorrow to keep you human
Enough hope to keep you happy
Enough failure to keep you humble
Enough success to keep you eager
Enough friends to give you comfort
Enough wealth to meet your needs
Enough enthusiasm to look forward
Enough faith to banish depression
Enough determination to make
Each day better than yesterday.
  

Saturday, October 23, 2010

Warna dan Wanita

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.


MERAH ITU CINTA!!
aku gile warna merah.. asal beli baju je nampak merah.. tak reti cari kaler lain huhu.. tapi pasni cube tutup mate bile nampak warna merah.. warna lain pun cantik jugak sebenarnya.. Oh ye baru teringat  si dia suka warna biru.. aisey contra betulla haha..

Wednesday, October 20, 2010

Selamat Hari Cinta!!


Selamat Hari Cinta!! buat si dia yang jauh di mata..hari genap kita bersama selama 4 bulan.. 20.10.2010 bersamaan rabu.. tarikh ni cantikla kan..
congrat pada kwn2 yang sudah berjaya mengharungi tempoh bercinta bertahun2.. sekarang turn aku pulak..
harapan?
semoga hubungan kami sentiasa maintain dan bahagia buat selamanya sampai bila2.. jauh di mata dekat di hati.. apa yang penting sekarang ialah kepercayaan,kejujuran dan kesetiaan dalam perhubungan.. jika ada benda2 ni hubungan pasti tak ada banyak masalah..














an cepatlah balik.. sape nak teman pegi jalan2,shopping,tengok wayang.. dengar nis bercerita macam2..
ohh rindunya haha.. time buat entri ni asyik dgr lagu suaraku berharap..


di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Saturday, October 9, 2010

Cerita apa kesukaanmu?

kawan2! ingat tak lagi zaman2 kegemilangan cerita korea kat tv3 suatu masa dulu.. mari saya ingatkan kembali! pada tahun 2002 iaitu bersamaan tingkatan 1.. balik je dari sekolah sesi petang,terus hadap cite tu yang stat pada pukul 7 malam.. mari kita flashback kembali cerita2 berkenaan ok..!



 haa.. cite Winter Sonata ni adalah cite 1st yang ditayangkan kat tv3.. huu mase tu semua orang gile dengan hero dia kn.. tp aku tak la minat sangat pun.. cume minat citenyer aje.. tapi lagu2 dalam cite ni best2 cm My Memory..



next cerita ialah Autumn In My Heart.. suke gile cite ni! suke tengok Eun Suh!(heroin cite ni) ade 2 hero kan.. tapi lagi mnat kat Won Bin(sebelah kanan gamba).. muke dia cute n comel! 
oh ye! masih aku ingat lagi tarikh cerita ini stat iaitu 1 Oktober 2002 bersamaan hari selasa.. haa tarikh besday aku tu.. pasal tu la aku minat sangat tengok tau..




my love patzzi! tak ingatla umo bape.. mybe kite form 1 jugak kot.. lepas2 tu dah berlambak cite korea disiarakan.. sampai dah tak ingat ape tajuk n cite camne.. heroin cite ni Jang Na Ra.. comel kan muke dia..! sekarang dia dah tua kot hehe.. kan kite dah amek umo dia sekarang ni.. cite2 ni zaman dulu zaman dorag mude2.. tapi sekarang sudah hampir 8 tahun selepas 2002.. muke dorang pun da jarang2 kite lihat di kaca tv.. orang baru pulak yang amek tempat dorang huhuhu..




cite ni pulak mase form 2! masihku ingat! bergado2 ngn budak2 clas 2A.. sebab aku suke watak jahat iaitu Young Mi(belah kanan).. haa yg lagi seorang tu name dia Sun Mi..aku minat Young Mi dan aku selalu kena banned ngan budak2 haha.. beria2 dorang cakap dia jahat.. tapi kite pnye sukela nak suke orang jahat ke baik ke hehe.. ikin ko ade potong rambut style cam Young Mi,memang sebijik haha.. oh ye.. time2 cmni gak ialah time umo masing2 nak up.. masing2 dok pakat usyar2 HALMI hahaha..kite punyer secret admire!! adik dia dah la 1 clas ngan kite,tak boleh blah betul..



Full House! antara cite fevet aku.. suke heroin dia yang penah berlakon cite Autumn In My Heart.. dulu agak tembam2 sket,dalam cite ni dah kurus sket hehe.. comel2! cite pun kelakar jer.. korang ingat tak cite ni mase umo bpe? form 3? form 4?form 5? jawapannye ialah form 5! bln 7.. hahaha mesti heran cmne aku leh ingat bulan bape cite ni siarkan.. sebab mase ni aku kapel dengan ex 1st! sambil msg2 dia layan cite ni hehe.. cite korea mase time2 cmni dah tak siar kat tv3 dah.. sudah pindah kat stesen baru iaitu 8TV..



Sassy Girl! cite pun suke gak layan! hero n heroin same cute! sape penah tgk? best kan! perasan tak?kalau dalam cite korea mesti ade 4 pelakon utama.. iaitu 2 laki n 2 wanita.. mule2 hero n heroin tak bersatu sebab wujudnyer pihak2 lain yang ganggu.. tapi last2 mesti bersama gak.. ala tengok time lagu stat n cover dpn cite ni.. dah tentu2 la dorang yang akan bersama.. walaupun dah tau ending tapi tetap nak tau jugak kan hehe..



cite ni aku tengah tengok lagi.. sekarang baru episod 20.. saje2 melayan time kebosanan.. sebenarnya cite ni dah lame main rsenyer awal tahun kot.. tapi baru sekarang aku tgk kat dvd.. beli cetak rompak rm20 jer! huhu masyuk betul.. sebenarnya ade lagi cite, tapi dah lupe. ni aku post mne yang aku ingat n yang aku suke jer.. ape cite yang korang suke?? share2 la ok..

Thursday, October 7, 2010

Tips belajar saat akhir!!

 


helo2 pada anda semua yang bakal menghadapi exam final pada bulan 11 nanti.. hari ini dah genap seminggu kita berada pada bulan oktober.. ini bermakna! final sudah semakin hampir!! sedarkah anda?? saya pun tak sedar lagi ni.. huu cuak2.. banyak lagi lum bace n cover.. macam mane nak buat ni.. masihkah ada masa lagi? jawapannyer ialah kita semua masih belum terlambat..
kali ini saya ingin beri tips belajar saat akhir! tapi yang seelok-eloknya study dari awal kan.. tapi nak buat cam mane,dah memang perangai suke stdy last minit.. ok let's check it out!!

YAKIN TERHADAP KEBOLEHAN DIRI
Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.
MASA REHAT PERLU SECUKUPNYA
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
HAPUSKAN TABIAT SUKA TIDUR
Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.
JANGAN MENGAMBIL SEBARANG UBAT YANG MERAGUKAN
Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.
BERI TUMPUAN LEBIH KEPADA BAB YANG PENTING
Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih. 

oh ye.. ape tunggu lagi kawan2 jom kita study.. hehe cakap kat diri sendiri jugak ni..
cik nisa, cepatla stat tgk buku.. no more fb n on9 ok..=p

Wednesday, October 6, 2010

Don't Cry lyrics



huu suke dgr lagu ni bile cm mood sedih2 n nak nangis.. tapi dah lme jugak tak dengar sebab dah lame tak de peristiwa yang buat aku sedih.. suke tengok lirik lagu ni.. teringat pyan selalu main gitar lagu ni.. masa tu ade krisis ngn mangkuk! hahaha.. pyan la yang pujuk aku n buat macam2 tak nak bagi sedih.. baik betul dia kan.. mase ni umur 18 tahun dan awal 19 cmtula.. pyan akan call,tak pun aku akan call dia.. mule2 cume borak2 jer.. pastu dia mainkan lagu ni.. wahh!! terharu kot dengar dia mnyanyi sekali.. 

amat mendalam makna lirik ni.. tapi mase tu aku tak berapa paham.. bukan tak paham maksud lagu ni.. cume tak paham dan tak tau yang dia sebenarnya maksudkan  'Don't you cry tonight,I still love you baby..' time part lirik ni,dia cam tekankan cam cuba bagi hint kat aku! tapi aku cume gelak2 jer.. haha amendela aku ni.. tapi lepas dia nyanyi barula aku da macam ok sket n da tak sedih.. konon2 frust dengan mangkuk la ni hehe.. sebenarnya ade lagi lagu yang dia nyanyi,tapi dah lupe la.. ish! cepatla ingat.. sweet memory la sume tu..

Talk to me softly

There's something in your eyes
Don't hang your head in sorrow
And please don't cry
I know how you feel inside I've
I've been there before
Something's changing inside you
And don't you know

Don't you cry tonight
I still love you baby
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

Give me a whisper
And give me a sigh
Give me a kiss before you tell me goodbye
Don't you take it so hard now
And please don't take it so bad
I'll still be thinking of you
And the times we had...baby

And don't you cry tonight
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

And please remember that I never lied
And please remember how I felt inside now honey
You got to make it your own way
But you'll be alright now sugar
You'll feel better tomorrow
Come the morning light now baby

And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry tonight
Baby maybe someday
Don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry
Tonight

Tuesday, October 5, 2010

10 Rahsia Cinta


1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.


3.kekuatan untuk memberi


Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.


4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

 5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini di fokuskan kepada suami isteri .


6. Kekuatan untuk melepaskan

 “Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.


 7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang kenapa kamu masih menunggu???


8. Kekuatan dari komitmen

 Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

 9. Kekuatan semangat.

 Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

 10. Kekuatan dari rasa percaya

 Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan .Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.